483 laporan polis diterima berhubung kes hina nabi Wendy Loong

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 483 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang dibuat oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati ‘posting’ yang dibuat oleh Wendy Loong telah dipadamkan.

"Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum.

"Suka diingatkan sebagai warga Malaysia, setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita UMNO, Muslimat Pas lapor polis FB hina nabi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!