Ajar rakyat pendawaian selamat elak tragedi, kebakaran

Gambar kecil: Sallehuddin Ishak
Gambar kecil: Sallehuddin Ishak
A
A
A

KUANTAN - Rakyat di negeri ini perlu diberi pendedahan dan didikan jangka hayat keselamatan pendawaian terutamanya membabitkan kediaman susulan berlakunya banyak tragedi kebakaran berpunca pendawaian elektrik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sallehuddin Ishak berkata, ia demi keselamatan rakyat, kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu bersedia ke arah dasar lebih tegas tetapi berhemah dan bijaksana walaupun kaedah tidak popular.

"Antaranya, menyediakan perundangan dan penguatkuasaan peraturan premis dan rumah kediaman selamat. Seperti ketika saya melapor di sini (Pahang), Jabatan Kerja Raya (JKR) menasihati saya supaya tidak segera memasuki kediaman rasmi kerana pendawaian yang ada di rumah itu adalah tahun 1974 dan rumah tidak lagi selamat diduduki.

"Saya akur demi keselamatan diri dan harta kerajaan. Saya sendiri pun tidak pernah tahu bahawa pendawaian elektrik ada tempoh hayatnya. Sampai masanya ia tidak lagi selamat. Saya rasa ramai juga yang sama dengan saya tidak berapa tahu soal ini," katanya menerusi Facebook miliknya, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas kejadian kebakaran mengorbankan tiga beranak di Sungai Isap, pihaknya meminta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) supaya dapat memberi kesedaran dan pendidikan tentang jangka hayat keselamatan pendawaian terutamanya di rumah.

Hal ini juga sebagai menyahut tidak Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang mahukan rakyat atau pemilik memeriksa pendawaian elektrik di rumah.

"Keseluruhan rakyat Malaysia akan terus terdedah kepada risiko kehilangan nyawa iaitu dari mana api bermula; kenapa api merebak terlalu pantas dan kenapa mangsa gagal menyelamatkan diri.

"Jika tidak, daripada mengakui dan memperbaiki kelemahan sendiri, kita akan terus menyalahkan litar pintas dan takdir Ilahi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!