Kes bunuh suami isteri: Punca kematian akibat tikaman berganda

Gambar kecil: Mohd Nor Marzuki
Gambar kecil: Mohd Nor Marzuki
A
A
A

NILAI - Polis mengesahkan punca kematian pasangan suami isteri yang ditemukan mati di rumah mereka di Taman Desa Melati di sini adalah disebabkan tikaman berganda.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hasil bedah siasat dilakukan terdapat beberapa kesan tikaman pada beberapa anggota badan kedua-dua mangsa.

"Hasil bedah siasat dilakukan, punca kematian adalah disebabkan tikaman berganda.

"Bagaimanapun motif kematian masih lagi dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, polis menemui kesan tikaman dan kelar pada bahagian badan dan tangan suami isteri yang dipercayai dibunuh sebelum rumah mereka dibakar di Taman Desa Melati, Nilai, malam Rabu lalu.

Mayat Tan Kim Joo, 73, ditemui di bahagian dapur rumah dengan kesan kelar di tangan dan dahi manakala isterinya Ng Chong Hwa, 67, ditemui di dalam bilik dengan kesan tikaman di dada serta kelar di tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh suami isteri: Polis panggil beberapa lagi individu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!