Meluruh langsung tiada kaitan dengan kisah rumah tangga saya: Alyah

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Datin Alyah menafikan single terbaharunya, Meluruh mempunyai kaitan dengan kisah rumah tangganya bersama pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Malah kata Alyah dia sendiri rimas apabila orang di luar sana sering membuat andaian sendiri hanya kerana lagu-lagu nyanyiannya yang sering menampilkan kisah cinta luluh dan tidak kesampaian.

Alyah yang dilihat terlalu sebak sehingga menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu tersebut ketika majlis Pelancaran Muzik Video Meluruh di TGV, 1 Utama, Petaling Jaya pada Jumaat mengakui tidak dapat mengawal emosi apabila mengenangkan perjalanan seninya yang penuh onak dan ranjau.

“Cerita yang dipaparkan dalam single Meluruh langsung tiada kaitan dengan kisah rumah tangga saya. Sebaliknya ia adalah gambaran perjalanan saya selama 19 tahun dalam industri seni yang penuh onak dan ranjau.

Datin Alyah
Datin Alyah

“Saya sebab ketika menyanyikan lagu ini kerana rasa sangat tersentuh apabila mengenangkan kisah jatuh bangun saya selama ini,” jelasnya.

Kata Alyah lagi, dia ingin berkongsi pengalaman dan perasaan yang dilaluinya itu menerusi Meluruh yang disifatkan begitu istimewa pada melodi dan bait-bait liriknya.

Single ini merupakan ciptaan Helen Yap dan Alyah sendiri, manakala liriknya oleh Slen. Sementara muzik videonya pula mendapat sentuhan daripada Ghaz Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

“Biarpun saya sudah lama berada dalam industri, ada perkara yang saya boleh handle dan ada yang tidak. Jujurnya saya rasa takut dengan keadaan sekarang apabila pengaruh media sosial terlalu besar dalam kehidupan semua orang.

“Kita sentiasa sahaja terdedah dengan pelbagai kecaman yang memberikan impak negatif dalam kehidupan kita. Itu belum masuk masalah dengan orang sekeliling dan sebagainya.

Datin Alyah
Datin Alyah

“Kalau saya ini bukan dalam bidang ini, dah tentu saya akan melangkah pergi kerana tak mampu nak hadap pelbagai macam dugaan yang semakin lama semakin menguji.

“Namun saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya cintakan muzik dan inilah dunia saya. Mahu tidak mahu, saya tetap kena duduk untuk berdepan dengan semua ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!