Rusa mati dilanggar di Kerteh

Rusa betina yang dirempuh mangsa mati di tempat kejadian. (Gambar kiri: Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.) - Foto Ihsan Pembaca
Rusa betina yang dirempuh mangsa mati di tempat kejadian. (Gambar kiri: Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.) - Foto Ihsan Pembaca
A
A
A

KEMAMAN - Pengguna media sosial negara ini kecoh lagi apabila seekor rusa mati dilanggar motosikal di Kilometer 107 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhadapan Terminal Minyak Mentah Terengganu (TCOT), Kerteh di hari ini.

Rusa betina itu mati dilanggar penunggang motosikal, Muhammad Shahrul Putra M Saidi, 20, yang turut patah paha kiri dan tulang selangka dalam kejadian jam 8.10 pagi.

Menurut sumber, kemalangan itu berlaku apabila tiba-tiba haiwan itu melintas jalan dari kiri ke kanan ketika pemuda berkenaan menunggang motosikal Yamaha LC 35 dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

"Berikutan jarak yang terlalu dekat, Muhammad Shahrul gagal mengelak lalu merempuh rusa berkenaan mengakibatkan haiwan dianggarkan seberat 50 kilogram itu mati.

"Mangsa diberikan bantuan oleh orang awam sebelum ambulans tiba dan membawanya ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun menurutnya laporan berhubung kejadian masih belum dibuat.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang patah paha dan tulang selangka selepas tercampak ke atas jalan sejurus kemalangan melihat rusa yang mati. - Foto Ihsan Pembaca
Mangsa yang patah paha dan tulang selangka selepas tercampak ke atas jalan sejurus kemalangan melihat rusa yang mati. - Foto Ihsan Pembaca

"Sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kehadiran haiwan itu di kawasan jalan raya.

"Siasatan dilakukan mendapati Rusa Timor atau nama saintifiknya cervus timorensis ialah spesies luar negara (Indonesia) dipercayai dipelihara di Taman Rusa milik Petronas dan terlepas dari kadang," katanya.

Terdahulu, kemalangan itu tular di media sosial apabila gambar mangsa dan rusa betina tersebar dengan cepat di media sosial.

Kemunculan pelbagai haiwan liar yang hampir pupus di Terengganu sejak minggu lalu menarik perhatian ramai termasuk netizen yang meninggalkan pelbagai komen lucu di media sosial.

Ia bermula apabila media melaporkan mengenai kemunculan sepasang paus pembunuh di perairan Kerteh pada 16 Julai lalu.

Dua hari berikutnya netizen gempar dengan kehadiran harimau 'jinak' di Kampung Besol Lama di Bukit Besi, Dungun sebelum harimau yang berjaya ditangkap dan dinamakan Awang Besol itu mati Selasa lalu.

Perhilitan juga sebelum ini berjaya menangkap seekor beruang matahari di Felda Belara, Kuala Terengganu sebelum sekumpulan paus pilot sirip pendek dikesan berenang berhampiran Pulau Perhentian di perairan Besut pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Paus muncul di perairan Terengganu

Pak belang berkeliaran di Bukit Besi

Lepas harimau, beruang pula masuk kampung

Paus pilot sirip pendek pula muncul di Terengganu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!