Sambutan rakyat Kelantan menggalakkan

Ribuan pengunjung memenuhi padang Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini bagi menyertai program Malaysia Breakfast Day 2019.
Ribuan pengunjung memenuhi padang Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini bagi menyertai program Malaysia Breakfast Day 2019.
A
A
A

KOTA BHARU - Terdapat peningkatan lebih 1,000 rakyat Kelantan dalam program Malaysia Breakfast Day 2019 yang diadakan di padang Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo-Nestle Products Sdn Bhd, Maria Murni Nur Azmi berkata, tahun ini bilangan rakyat Kelantan yang hadir mencecah 9,000 orang berbanding 8,000 orang tahun lalu.

Menurutnya, Kelantan adalah lokasi kelima program itu yang sebelum ini diadakan di Putrajaya, Pulau Pinang, Batu Pahat dan Kuantan.

“Kelantan adalah lokasi wajib yang menjadi pilihan setiap tahun kerana sambutan menggalakkan daripada orang Kelantan setiap kali ia diadakan.

"Ini adalah tahun keempat kita adakan di Kelantan dan sambutannya amat menggalakkan kerana ada yang datang dari Terengganu.

“Selepas Kelantan kita akan bergerak ke Kota Kinabalu pada 4 Ogos dan penutupnya 25 Ogos di Kuching, Sarawak. Setakat ini jumlah keseluruhan pengunjung ke program ini seramai 89,000 orang dan kami menyasarkan kehadiran sehingga 100,000 orang menjelang penutup program ini nanti,” katanya pada sidang media hari ini.

Maria Murni berdiri dari astaka meninjau kehadiran ribuan rakyat Kelantan yang menyertai program Malaysia Breakfast Day 2019 di padang Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini.
Maria Murni berdiri dari astaka meninjau kehadiran ribuan rakyat Kelantan yang menyertai program Malaysia Breakfast Day 2019 di padang Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian hari ini.

Maria Murni berkata, kelainan yang ditonjolkan dalam program kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai kaedah kitar semula, manfaat kitar semula dan galakan mengasingkan sampah dalam kehidupan seharian.

Katanya, dalam masa yang sama, Milo-Nestle mahu berkongsi kesedaran pemakanan sihat dan menjalani gaya hidup aktif melalui aktiviti yang disediakan sepanjang program tersebut.

Artikel Berkaitan:

Antara acara yang disediakan ialah senamrobik, larian sejauh tiga kilometer, sarapan percuma dan pelbagai jenis kuiz untuk seisi keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!