Cedera di puncak Bukit Marak
BACHOK - Dua wanita Cina cedera selepas mendaki Bukit Marak di sini sebelum diselamatkan pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, kejadian itu dilaporkan jam 11.48 pagi semalam.
Katanya, operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zawawi Yusof bersama lapan anggota.
"Ketika bomba tiba di lokasi, kedua-dua mangsa dalam keadaan letih dan tidak bermaya," katanya.
Mangsa, Koh Bee Chen, 48, dikhuatiri patah kaki sementara rakannya, Yap Ah Chai, 30, pitam sejurus sampai ke puncak.
Yus Heary berkata, magsa berjaya diturunkan dari bukit dan dibawa ke hospital.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!