Kerajaan negeri sasar 50,000 pengunjung
MARANG - Kerajaan negeri menyasarkan 50,000 pengunjung pada program Jom Singgoh Pekan Budaya Marang 2019 di pantai peranginan Kelulut
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, beliau yakin usaha tersebut menjadi kenyataan.
Katanya, program empat hari yang berakhir esok itu akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).
Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi menjala ikan, pertandingan istana pasir, pukat tarik pantai, jahit pukat, demonstrasi masakan tradisional dan tumbuk emping.
“Turut diadakan demonstrasi anyaman atap nipah, silat tempur dan gasing pangkah dan dijangka bakal menjadi tumpuan ialah pertunjukan dan pertandingan ‘beyblade’ yang menjadi kegilaan remaja masa kini.
"Malah pelbagai hasil produk kampung yang jarang-jarang ditemui disediakan di gerai-gerai Perkampungan Budaya sepanjang program berkenaan berlangsung,” katanya merasmikan acara itu, semalam.
Hadir sama, Speaker DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!