Timbalan Menteri Pengangkutan cari buku di Jualan Gudang Karangkraf

Kamarudin bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah bergambar bersama Surau Hamiddean Bicycle Team 19 ketika membeli buku dan malajah sempena Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Kamarudin bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohd Nasir Hamzah bergambar bersama Surau Hamiddean Bicycle Team 19 ketika membeli buku dan malajah sempena Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf yang menjadi lubuk pelbagai jenis bahan bacaan dalam genre Bahasa Melayu menjadi penarik kepada orang ramai untuk datang ke sini bagi mendapatkannya.

Lebih menarik apabila kehadiran Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar bersama isteri dan anaknya menarik perhatian pengunjung Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf hari ini.

Menurutnya, kehadirannya kali ini adalah kali kedua setelah setahun lalu datang ke Jualan Gudang Karangkraf yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf di sini.

“Saya memang minat membaca sejak dari sekolah lagi, memang saya ulat buku.

“Tetapi kebanyakan koleksi buku saya sebelum ini dalam bahasa Inggeris. Jadi Karangkraf ini memberi peluang kepada saya dan keluarga untuk mengumpul buku-buku dalam bahasa Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian yang ditemui di jualan gudang di sini hari ini.

Ternyata kehadiran beliau juga di sambut baik dan secara kebetulan beliau turut berkesempatan memakaikan jaket keselamatan kepada kumpulan Biycycle Team19 Surau Hamideen yang baharu sahaja melancarkan logo mereka.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, beliau amat gembira apabila melihat ramai pengunjung yang datang terdiri daripada keluarga yang membawa anak-anak sekali.

“Jadi ini peluang terbaik dan ia amat bagus dalam memastikan bukan sahaja kita sahaja minat membaca, tetapi anak-anak kita juga diasuh dari sekarang untuk cinta kepada buku, cinta kepada ilmu.

Artikel Berkaitan:

“Karangkraflah pada pengamatan saya merupakan penerbit dan pengeluar buku dalam Bahasa Melayu yang agak terbesar dan paling banyak yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja serta dewasa,” katanya.

Tambahnya, beliau amat menyokong acara sedemikian dan berjanji untuk datang semula pada penganjuran akan datang.

Beliau juga berkongsi bahan bacaan yang dibeli pada Jualan Gudang ini antaranya tafsir al-Quran, majalah hiasan rumah dan seni bina termasuk bahan bacaan ilmiah yang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!