Tiga melecur tong gas nitrogen meletup
PORT DICKSON - Tiga pekerja depoh lori di Linsun di sini cedera parah akibat melecur selepas tong gas silinder berisi nitrogen meletup semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika salah seorang pekerja tersebut membaiki tong berkenaan mengunakan sistem hidraulik dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam.
"Ketika pekerja terbabit membaiki tong itu, berlaku meletup dan turut mengenai dua mangsa yang berada berhampirannya.
"Mangsa T Murugan, 44, K Thiruselvam, 46 dan P Ralyan, 40, cedera sehingga melecur antara 70 hingga 95 peratus seluruh badan," katanya.
Menurutnya, sesemua mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, hasil siasatan dijalankan mendapati tiada unsur jenayah mahupun khianat.
"Hanya bahagian dalam kawasan kilang itu terbakar dan dapt dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!