Dua pemuda sesat di Gunung Pulai ditemui selamat
KULAI - Dua pemuda dilaporkan sesat di Hutan Lipur Gunung Pulai, tengah hari tadi ditemui selamat kira- kira jam 2.57 petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Mahadir Basir berkata, Ng Ching An, 21, bersama sepupunya, Ng Wei Shen, 21, dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai mengalami kecederaan ringan ketika ditemui dalam jarak kira- kira 2 kilometer dari puncak gunung.
Menurutnya, kedua-dua pemuda itu telah mengikuti orang yang tidak dikenali mendaki sebelum mereka ditinggalkan di tengah jalan.
"Apabila sedar mereka sudah hilang arah, mereka terus menghubungi 999 untuk meminta bantuan mencari jalan keluar.
"Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas terlibat dalam operasi ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!