Tsunami Sunda: Angka korban melebihi 400
JAKARTA - INDONESIA. Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda setakat petang semalam, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485 yang lain dilaporkan cedera.
Media tempatan melaporkan, jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang terjadi susulan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau pada malam Sabtu lalu.
Dalam pada itu, pasukan sukarelawan memaklumkan bekalan air bersih dan ubat semakin berkurangan di pusat pemindahan yang penuh sesak dengan ribuan mangsa.
Petugas kemanusiaan bimbang berlaku krisis kesihatan ketika jumlah kematian akibat tsunami itu meningkat hampir 400 orang dengan ribuan lagi yang kehilangan tempat tinggal terpaksa dipindahkan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!