Rebut tawaran novel sehingga 60 peratus

Novel terpilih terbitan Kumpulan Media Karangkraf dijual dengan hanya RM20 bagi empat naskhah.
Novel terpilih terbitan Kumpulan Media Karangkraf dijual dengan hanya RM20 bagi empat naskhah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Diskaun sehingga 60 peratus membabitkan novel terpilih terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd ditawarkan sempena Pesta Buku Kedah 2019.

Pengurus Besar Karangkraf Book2u Stores Sdn Bhd, Raja Shahfaizal Raja Khairudin berkata, tawaran itu merangkumi novel aksi, thriller, konflik percintaan dan kekeluargaan hasil penulis terkenal Aisya Sofea, Damya Hanna, Murni Aqila, Kamsiah Abu, Azalea Eshal dan lain-lain.

Menurutnya, pengunjung Pesta Buku Kedah 2019 khususnya yang menetap di utara berpeluang mendapatkan novel dengan hanya RM20 bagi empat unit.

"Kita tawar RM20 untuk empat naskhah, namun harga seunit ditetapkan RM7," katanya.

Dalam pada itu katanya, bagi bahan bacaan lain termasuk al-Quran, buku akademik, buku kanak-kanak, motivasi, resipi, jahitan dan lain-lain kesemua diberi tawaran diskaun sehingga 20 peratus.

Pesta Buku Kedah 2019 yang bermula 24 hingga 30 Julai 2019 menawarkan pelbagai bahan bacaan disertai lebih kurang 50 pempamer dari seluruh negara mengambil bahagian.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran penulis dan personaliti hebat antaranya Abot, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Hadi Fayyadh, Chef Reezlin Abdul Rahman, kartunis Ujang, Ain Maisarah, Ramlee Awang Murshid, Fitri Hussin dan Zaaim Mentor 7.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!