Ustaz Ebit Lew sedih tidak cam baju anak
SESIAPA mengikuti perkembangan Ustaz Ebit Lew di laman sosial sama ada Facebook mahupun Instagram (IG) pasti menyedari ustaz sangat menyanyangi dan selalu menghargai isterinya yang turut dipanggil bidadari.
Baru-baru ini, Ustaz Ebit turut berkongsi di IG miliknya apabila dia melipat pakaian anak-anaknya kerana kasihan melihat isterinya yang kepenatan dan sudah tertidur sementara menunggu dia pulang dari menghadiri rutin hariannya, berdakwah.
Katanya, apabila melihat terdapat dua bakul besar pakaian yang belum berlipat di dalam bilik dan cuma ada sikit sudah berlipat, tanpa membuang masa dia duduk dan terus melipatnya.
"Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa letih juga untuk menghabiskan semuanya dan puas juga tengok baju anak. Sedih sebab tak tahu sangat mana satu baju anak-anak.
"Sebab semua almari lain-lain. Anak dah empat orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
"Dekat dua jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya ALLAH ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada enam almari. Semuanya lain-lain.
"Ada baju siang, baju malam, baju berjalan, baju di rumah, ada baju tidur, Musim panas musim sejuk," tulisnya.
Kongsinya lagi, dia semakin sebak kerana selain dilipat ada juga yang perlu digantung, apabila melihat dalam almari semuanya cantik kemas.
Ebit berkata, rupanya aktiviti melipat pakaian juga perlu kesenian, ketelitian dan juga penuh sistem.
Katanya, isterinya menangis apabila melihat dia melipat pakaian anak-anaknya selepas tersedar dari tidur sedangkan dia sudah kepenatan balik dari berdakwah.
"Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana ALLAH. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Bahagiakan hati sayang buat ALLAH sayang. Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga. Saya sayang awak sayangku bidadariku," tulisnya lagi.
Perkongsian itu telah mendapat hampir 285,000 'like' dan telah membuat netizen sebak. Malah mereka juga meninggalkan pelbagai komen serta mengharapkan suami dan bakal masing-masing juga mencontohi Ustaz Ebit.
"Bertuah ada suami yang memahami isteri... Yang faham agama takkan sesekali mengguris hati isterinya," tulis rinabtazib.
"Agungnya cinta mereka," tulis putry_eryn.
"Beruntungnya dapat suami macam ustaz. Semoga semua suami dalam dunia ini pun boleh contohi ustaz," tulis syuhadaariffinofficial.
"Beruntungnya bidadari ustaz... Dapat suami memahami, mendoakan yang baik, doa dapat bersama masuk syurga... Sebaknya," tulis noor_fariz.
"Ya ALLAH... Semoga bakal suamiku nanti dapat berbakti dan menjadi seperti ustaz Ebit, amin," tulis fyfaaaaa_.
"Beruntungnya bila suami memahami dan faham agama yang Nabi Muhammad (S.A.W) kita ajarkan" tulis yatirossy.
"Ya Allah...Bahagianya mereka, Allahu cemburu rasa hati. Moga satu hari kami juga dpt suami seperti ini," tulis therealfa9.7.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!