Gaji RM1,000 sara dua keluarga

Fahmi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mior Ahmad Idris di PPR Seri Pantai semalam.
Fahmi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mior Ahmad Idris di PPR Seri Pantai semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja swasta bukan hanya menyara isteri dan tiga anaknya malah menanggung keluarga kakaknya sejak setahun lalu.

Mereka tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai disewa RM400 sebulan.

Mior Ahmad Idris Mohamed Yusof, 31, berkata, pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan digunakan untuk menguruskan isi rumah termasuk kebajikan empat anak kakaknya.

Menurutnya, dia menjaga keluarga kakaknya itu selepas wanita itu sakit dan ditinggalkan suami.

“Kakak saya tak mampu bekerja selepas alami masalah mental dan hidap kanser mata,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil semalam.

Menurutnya, kakaknya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.

Sementara itu, Fahmi berkata, keluarga itu dijadikan keluarga angkat Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!