Gajet ini boleh buat anda tidur lena...
SUSAH melelapkan mata walaupun badan penat dengan tugas seharian? Ada lima gajet menarik mampu membantu anda lena dengan mudah.
Casper Glow Smart Sleeping Light
Cahaya yang terang boleh menyebabkan sel otak kekal aktif sehingga menyukarkan anda untuk melelapkan mata. Gajet pintar Casper Glow Smart Sleeping Light membantu memberikan pencahayaan yang lebih lembut dan hangat sekali gus menjadikan minda tenang. Harga dijual RM531.61 ($129 USD).
Philips SmartSleep Deep Sleep Headband
Gajet dengan diperakui secara klinikal oleh penyelidik dan doktor itu dapat meningkatkan tidur yang berkualiti. Hanya dipakai di kepala ketika tidur, gajet unik yang memiliki 30 pelekat sensor dengan nada audio yang tenang itu dapat merehatkan minda selain direka khas bagi mereka yang tidur kurang tujuh jam sehari. Harga seunit dijual RM1648.36 ($399.99 USD).
Soundsleep Bluetooth Speaker Pillow
Cukup menarik jika bantal mampu mengesan corak tidur anda sehingga tahu berapa lama tempoh tidur setiap malam bahkan boleh mengejutkan lena dengan penggera yang ditetapkan. Lengkap dengan pembesar suara, pengguna boleh menyambungkan peranti pintar termasuk telefon hanya melalui Bluetooth selain memainkan muzik kegemaran. Harga seunit RM257.60 ($62.51 USD).
Nodpod Weighted Sleep Mask
Topeng muka bukan sekadar menutup mata tetapi turut menghalang cahaya untuk memastikan tidur anda tidak terganggu. Peranti pintar itu membantu mengurangkan tekanan mata, sakit kepala, keresahan dan insomnia. Harga seunit RM164.80 ($39.99 USD).
Beddr SleepTuner Sleep Breathing Monitor
Peranti yang diperakui Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mampu membantu memantau kadar pernafasan dan kedudukan ketika tidur selain selesa dipakai dengan hanya pelekat pada dahi sahaja dengan bateri yang mampu bertahan selama 20 jam. Harga seunit RM614.03 ($149 USD).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!