Pemuda Pas Kedah puji Lang Merah

Nurul Amin
Nurul Amin
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah menyifatkan kejayaan Lang Merah menjuarai Piala FA 2019 persis padi, semakin berisi semakin menunduk.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, walaupun berhadapan dengan perang psikologi yang hebat, namun pasukan Kedah sentiasa bersikap merendah diri dan berani meneruskan perjuangan hingga meraih kejayaan ini.

Menurutnya, sikap pemain yang bersemangat waja serta pantang menyerah kalah ketika di pertarungan akhir, membuktikan Lang Merah sememangnya layak merangkul Piala FA.

“Pemuda Pas ucapkan setinggi tahniah buat pasukan Lang Merah yang berjaya membawa pulang Piala FA ke bumi Jelapang Padi dengan kemenangan 1-0 menewaskan Perak, sekaligus melayakkan Kedah ke Liga Juara-Juara Asia (ACL),” katanya.

Nurul Amin turut memuji kesungguhan skuad Lang Merah yang menunjukkan semangat juang tinggi bagi memperoleh kemenangan di saat akhir menentang Perak, Sabtu lalu.

“Semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain Kedah itu sangat memberikan inspirasi terutama kepada anak muda,” katanya.

Menurutnya, diharap kejuaraan kali ini dapat melonjakkan lagi Kedah ke persada dunia, seterusnya menempa kejayaan berganda pada masa akan datang.

Nurul Amin berkata, kemenangan ini amat berharga buat rakyat Kedah kerana melonjakkan semula Kedah sebagai pasukan pilihan apabila meraih gelaran juara pada 1996, 2007, 2008 dan 2017.

ARTIKEL BERKAITAN Perak sudah bermain dengan baik: MB

ARTIKEL BERKAITAN
Kedah juara Piala FA 2019

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!