Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi
A
A
A
Di sini Femina kongsikan bagaimana cara untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi:
1) Kulit kentang
Kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit.
Caranya mudah, kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang. Sapu bahagian yang terkena gigitan. Kemudian bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.
2) Bawang
Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan antibakteria yang sangat efektif untuk mengubati luka. Ia juga mampu mengubati kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk.
Caranya mudah, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat. Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan. Cuci semula dengan air bersih.
3) Gel aloe vera
Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.
Caranya juga mudah. Ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potong bagi mengeluarkan gelnya. Oleskan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut.
Selamat mencuba!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!