KDN nafi keluarkan surat lulus permit angkut pasir
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan mengeluarkan surat kelulusan permit mengangkut pasir yang seperti yang tular di media sosial hari ini.
KDN dalam satu kenyataan berkata, penyebaran surat yang menggunakan nama ketua setiausaha kementerian itu adalah palsu.
“Ingin ditegaskan bahawa surat ini adalah palsu dan KDN tidak ada kena-mengena dengan surat berkenaan. KDN telah membuat laporan polis agar individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu ini diambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular sepucuk surat yang ‘rasmi’ dan turut ditandatangani Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim yang mengeluarkan kelulusan permit mengangkut pasir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!