Raja dadah ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Raja dadah atau 'kingpin' antara lima yang ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Johor petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dalam serbuan bermula jam 5 petang hingga 6.20 petang itu, semua yang ditahan merupakan warga tempatan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan polis, raja dadah yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 64.5 kilogram (kg) dadah disyaki syabu yang kita percaya datang dari negara golden tringle (Thailand, Myanmar, Kemboja), 2.7kg dadah disyaki ketamin, 77,500 biji pil disyaki ekstasi dipercayai datang dari negara Eropah, 57 paket minuman disyaki mengandungi dadah.

"Polis turut menyita lima kereta mewah, wang tunai, jam tangan berjenama dan barang kemas.

"Nilai keseluruhan dadah berjumlah, RM5.8juta dan nilai keseluruhan sitaan RM44,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Semenyih hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!