Stor asrama SMK Pelong terbakar

Kebakaran di sebuah stor bangunan asrama SMK Pelong berjaya dipadam dan dikawal dari merebak ke bahagian lain
Kebakaran di sebuah stor bangunan asrama SMK Pelong berjaya dipadam dan dikawal dari merebak ke bahagian lain
A
A
A

SETIU - Sebuah stor menyimpan tilam lusuh di bangunan asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong di sini terbakar dalam kejadian petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Zull Azman Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.05 petang dan kejadian dipercayai berlaku beberapa minit sebelum itu.

"Seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian api sedang marak di bilik terdapat di tingkat tiga itu namun kebakaran berjaya dipadam tidak lama kemudian,” katanya.

Api marak membakar sebuah stor di tingkat 3 bangunan asrama empat tingkat SMK Pelong petang tadi
Api marak membakar sebuah stor di tingkat 3 bangunan asrama empat tingkat SMK Pelong petang tadi

Zull Azman berkata lagi, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 7.35 malam dan kebakaran tersebut hanya menyebabkan kebakaran sepenuhnya stor simpanan barang-barang lusuh yang berkeluasan 3.048 meter persegi.

"Tidak ada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Sementera itu Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Mohd Yasmin Yusof ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia melibatkan bilik di tingkat tiga bangunan asrama lelaki itu tidak mempunyai penghuni kerana pelajar tinggal di aras satu dan dua.

“Punca sebenar kejadian masih belum diperoleh dan setakat ini kita dalam proses perbincangan sama ada membenarkan penghuni asrama terbabit pulang ke rumah masing-masing kerana bekalan elektrik terputus.

“Syukur tidak ada pelajar atau warden yang terlibat dalam kejadian tersebut dan pelajar semua diarah keluar dari bangunan sebaik menyedari kebakaran berlaku,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!