Lelaki mabuk gigit ular hingga putus

Gambar hiasan - Foto AP
Gambar hiasan - Foto AP
A
A
A

UTTAR PRADESH - Seorang lelaki mabuk di India menggigit badan seekor ular hingga putus selepas haiwan tersebut mematuknya.

Kejadian berlaku Ahad lalu di daerah Etah, Uttar Pradesh, apabila seorang penduduk Kampung Asrauli bernama Raj Kumar dipatuk ular.

“Anak lelaki saya mabuk ketika ular tersebut memasuki rumah kami dan mematuknya.

"Dia kemudian menggigit badan ular itu hingga putus," kata bapa mangsa kepada agensi berita ANI.

Doktor yang merawat Raj Kumar susulan insiden itu memaklumkan, keadaan mangsa adalah serius.

Bapa Raj Kumar berkata, dia tidak mampu untuk membayar kos rawatan anaknya yang terpaksa dirujuk ke sebuah hospital lain.

Sementara itu, ular tersebut dilaporkan telah dibakar oleh keluarga mangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!