Ada grup WhatsApp dengan Yang di-Pertuan Agong

Badarudin (kiri) masih berkawan baik dengan Al-Sultan Abdullah sehingga kini.
Badarudin (kiri) masih berkawan baik dengan Al-Sultan Abdullah sehingga kini.
A
A
A

SIAPA sangka rakyat biasa berusia 60 tahun ini mempunyai kumpulan WhatsApp yang hanya terdapat tiga individu di dalamnya termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Seorang lagi ialah rakan dari sekolah yang sama iaitu Datuk Shahruzzaman Adam.

“Kadang-kadang Tuanku akan panggil saya menghadap. Apabila berjumpa akan keluar pelbagai cerita kenangan kami sewaktu bersekolah dahulu.”

Itulah keistimewaan yang dimiliki Badaruddin Adnan yang bersahabat baik dengan Seri Paduka Baginda dan sama bersekolah di Sekolah Rendah Ahmad, Pekan bermula darjah satu hingga empat.

Bagi Badaruddin, perwatakan merendah diri Al-Sultan Abdullah terserlah sejak di bangku sekolah dan tidak membatasi pergaulannya.

"Sepanjang mengenalinya, Tuanku seorang pendiam tetapi aktif dan lasak. Perwatakannya sama seperti orang kebanyakan, bergaul tanpa rasa janggal dengan rakan sebaya lain.

“Tuanku amat minat bola sepak dan pernah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah. Saya masih ingat lagi, apabila habis sesi persekolahan Tuanku akan pulang bersantap sebelum ambil saya di rumah di Pekan Lama dan bermain di Istana Mangga Tunggal,” ceritanya.

Kelasakan Al-Sultan Abdullah ketika zaman kanak-kanak turut mengimbau kenangan Badarudin. Beliau pernah melihat Seri Paduka Baginda memanjat pokok rambutan di hadapan istana, terjatuh lalu sikunya terkehel.

“Saya dan beberapa kawan yang ada di situ melarikan diri kerana bimbang dimarahi Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang ketika itu menjadi Tengku Mahkota Pahang,” ceritanya mengenang

Artikel Berkaitan:

kisah lucu itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!