Kegiatan pelacuran pasangan suami isteri terbongkar

Gambar hiasan. Gambar kecil: Azmi
Gambar hiasan. Gambar kecil: Azmi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kegiatan pelacuran pasangan suami isteri terbongkar selepas mereka ditahan di sebuah hotel di daerah ini.

Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah berkata, pasangan itu bergerak secara aktif melalui aplikasi telefon pintar sebagai medium 'perniagaan' mereka.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pasangan berkenaan.

"Kita akan ambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang ada bagi memberi pengajaran kepada pelaku.

“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 25 dan 27(1) iaitu perempuan yang bersedia melacurkan diri dan suami melacurkan isterinya,” katanya memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri, kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengkaji langkah proaktif bagi membendung masalah gejala sosial melibatkan golongan pertengahan dan remaja yang membelenggu masyarakat.

Katanya, pihaknya akan terus menggiatkan operasi bagi mengekang perkara itu daripada terus menjadi 'barah'.

Bagaimanapun, katanya, kelicikkan pihak tertentu juga menyebabkan tugas agensi berkuasa menjadi sukar dan terganggu.

Artikel Berkaitan:

“Kita telah mengambil beberapa langkah yang proaktif, namun, mereka mempunyai taktik yang tertentu dan itu menjadi kekangan kepada kita,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!