JBC anjur program amal gunting bantu pesakit hati kronik

JBC menganjurkan program amal gunting untuk membantu keluarga Romizan.
JBC menganjurkan program amal gunting untuk membantu keluarga Romizan.
A
A
A
JERANTUT - Prihatin dengan nasib sebuah keluarga, Jerantut Barber Connection (JBC) mengambil inisiatif menganjurkan Program Amal Gunting Rambut di sini semalam.

Inisiatif terdiri daripada lapan orang pemilik kedai gunting rambut di daerah ini bergabung tenaga untuk membantu Romizan Alang Bahari, 38, dari Felda Jengka 20 bagi menampung kos rawatan bedah hati untuk anaknya, Nur Syafiqa Damia Romizan, 11, yang menghidap penyakit hati kronik atau nama saintifiknya biliary atresia.

Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan kisah keluarga tersebut yang memerlukan kos kira-kira RM120,000 untuk pembedahan anak sulungnya itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 Ogos ini.

Pengerusi program, Mohd Yousman Mustaffa berkata, program itu diadakan di tingkat atas Terminal Bas Jerantut dari pukul 10 pagi hingga 5 petang untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa.

Menurutnya, semua kutipan hasil program berkenan akan didermakan kepada keluarga terbabit.
Artikel Berkaitan:


"Kami simpati dengan nasib yang menimpa Romizan yang hanya berniaga secara kecil-kecilan. Walaupun kami masing-masing mempunyai pelanggan ramai terutamanya ketika cuti, namun kami rela berkorban dan tidak pernah melupakan golongan tidak bernasib baik.

"Kami bergabung tenaga menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa dan tidak menetapkan bayaran dan terpulang kepada pelanggan memberi seikhlas mereka dan semua kutipan bayaran akan didermakan kepada Romizan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!