Lagi kanak-kanak pendatang maut dalam tahanan

Pendatang Amerika Tengah yang mencari perlindungan di Amerika Syarikat ditahan pengawal sempadan setelah memasuki negara itu secara haram. - Foto AFP
Pendatang Amerika Tengah yang mencari perlindungan di Amerika Syarikat ditahan pengawal sempadan setelah memasuki negara itu secara haram. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak pelarian Guatemala berusia lapan tahun dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan semalam, susulan penahanan oleh pegawai sempadan Amerika Syarikat (AS), kata Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP).

Menurut Kementerian Luar Guatemala, kanak-kanak lelaki itu dan bapanya memasuki AS menerusi El Paso, Texas pada 18 Disember lalu dan dipindahkan ke stesen pengawal sempadan di Alamogordo pada 23 Disember.

Mangsa disahkan mengalami demam dan selsema biasa dan dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Gerald Champion Regional di Alamogordo, New Mexico.

CBP berkata, pada lewat malamnya mangsa muntah dan dihantar semula ke hospital. Dia meninggal dunia tidak lama selepas itu dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

Awal Disember lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, Jakelin Caal, juga warga Guatemala meninggal dunia ketika ditahan bersama bapanya oleh pegawai sempadan AS di pedalaman New Mexico. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!