Isteri Iedil Putra bersedia timang anak

Pelakon, Prisia Nasution. FOTO: ZAHID IZZANI
Pelakon, Prisia Nasution. FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

PELAKON Indonesia, Prisia Nasution, berkongsi masih belum ada khabar gembira untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat ini.

Menurut aktres jelita juga merupakan isteri kepada pelakon Malaysia, Iedil Putra, dia terikat dengan beberapa kontrak yang melarangnya untuk hamil.

"Kebetulan kami pun tidak merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini, kemungkinan tahun depan," ujarnya ringkas.

Ditanya adakah Prisia atau lebih mesra dipanggil Phia, terbuka untuk berkongsi hal peribadi, dia tidak keberatan untuk menceritakannya.

"Kalau ada yang tanya saya akan jawab, kalau tak ada saya hanya akan berdiam diri sahaja.

No Image Caption

"Begitu juga di media sosial saya terbuka untuk berkongsi. Lagipun tiada apa yang nak disorokkan, kami pasangan yang sudah sah," katanya.

Phia yang selamat mendirikan rumah tangga Iedil pada 1 Jun 2016, ditemui pada sidang media pelancaran filem televisyen Suatukala: Timun Mas & Ijo, di Luxe TGV, One Utama, Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai pembabitannya dalam FTV tersebut, Phia terkejut apabila diarahkan untuk bercakap dalam bahasa Malaysia.

"Soal cabaran adalah ketika saya mahu menghidupkan watak jelmaan Mak Andeh sebagai diri saya.

"Walaupun percakapan saya bunyinya tidak seperti orang Malaysia, tetapi setidaknya saya sudah mencuba yang terbaik," katanya yang memegang watak sebagai Mbak Sarini.

Antara bintang FTV lain terdiri daripada Fasha Sandha, Fikry Kiki, Kishok Kumar dan Vanka.

Saksikan FTV arahan Shamyl Othman terbitan Astro First Eksklusif dan Red Communications Sdn Bhd bermula 1 Ogos 2019 di saluran 480 dan menerusi platform digital, On Demand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!