Projek perumahan terbengkalai 18 tahun
HULU SELANGOR - Projek perumahan di Lembah Beringin dikategorikan sebagai projek terbengkalai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 31 Disember 2001.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, syarikat pemaju projek berkenaan dikenakan perintah penggulungan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mac 2006.
Menurutnya, susulan daripada perintah penggulungan itu, sebuah syarikat yang dilantik sebagai pelikuidasi bagi mengurus dan menerima oleh sebuah bank.
"Syarikat berkenaan telah menjual lot-lot tanah kosong kepada tujuh syarikat bagi menyelesaikan projek terbengkalai itu," katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Lembah Beringin.
Menurutnya penjualan tersebut menghadapi kekangan sementara menunggu perbicaraan di Mahkamah Persekutuan.
"Tarikh perbicaraan yang baharu ditetapkan pada pada 29 Ogos ini. Diharap isu ini dapat diselesaikan kerana projek ini terbengkalai hampir 18 tahun," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!