Peserta protes ganggu sistem kereta api di Hong Kong

Pengguna terpaksa beratur panjang untuk menggunakan perkhidmatan tram selepas MTR menggantung operasi mereka.
Pengguna terpaksa beratur panjang untuk menggunakan perkhidmatan tram selepas MTR menggantung operasi mereka.
A
A
A

HONG KONG - Ratusan penunjuk perasaan mengganggu operasi sistem kereta api MTR di Hong Kong, hari ini sebagai sebahagian daripada bantahan awam dalam krisis yang sedang mencengkam wilayah tersebut.

Perkhidmatan itu terpaksa digantung selepas kumpulan tersebut berkumpul di stesen Tiu Keng Leng dalam usaha untuk melumpuhkan rangkaian pengangkutan awam ketika waktu puncak di bandar raya terbabit.

Peserta protes itu turut menampalkan risalah dan menghalang akses pintu masuk kereta api terbabit selain melaungkan slogan mengutuk kerajaan.

Keadaan itu yang menjejaskan operasi MTR bagaimanapun mencetuskan kemarahan kebanyakan pengguna.

"Ini sangat menyusahkan dan menjengkelkan. Saya sudah terlambat untuk pergi kerja untuk mencari sumber pendapatan. Adakah anda boleh bayar gaji kepada saya?" kata Liu, 64.

Sementara itu, seorang peserta protes menegaskan gerakan itu dicetuskan Ketua Eksekutif Carrie Lam.

"Beliau enggan bekerjasama dengan rakyat Hong Kong atau menunaikan permintaan mereka," ujar Jason Lo, 31. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!