Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Polis nafi membuat tangkapan terhadap pasangan suami isteri yang disyaki mengedar risalah berkaitan ajaran agama Kristian di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, di sini semalam.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya hanya mengambil keterangan daripada pasangan yang berusia 70-an itu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti yang dilakukan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan tersebut merupakan penganut agama Kristian dan tidak mengetahui tindakan mengedarkan risalah itu kepada penganut agama Islam adalah salah di sisi undang-undang.

"Menurut mereka, tujuan pengedaran risalah itu bagi menzahirkan rasa syukur kepada tuhan yang telah menyembuhkan penyakitnya.

"Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka mendakwa risalah tersebut tidak diberikan sekiranya seseorang itu menolak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda berkata, siasatan lanjut turut mendapati tindakan dilakukan pasangan itu atas kapasiti peribadi dan tidak didalangi mana-mana pihak.

"Pasangan suami isteri itu telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh siasatan dijalankan dan telah dinasihati agar tidak mengulangi tindakan yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!