Tiga kali panggil bomba buang objek tersekat pada kemaluan

Petugas Hospital Kuala Krai bersana pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai bekerjasama mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulit seorang lelaki, hari ini.
Petugas Hospital Kuala Krai bersana pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai bekerjasama mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulit seorang lelaki, hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI -Tidak serik itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki dari Batu Jong, di sini terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang terlekat pada kemaluannya.

Lelaki berusia 34 tahun itu hadir ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya, petang tadi.

Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar -rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.

"Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa sukar dibuang.

"Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital," katanya.

Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong 'L' dalam masa 20 minit.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!