Puluhan rumah, kedai terjejas dalam kebakaran
SANDAKAN - Puluhan rumah dan kedai mengalami kerosakan teruk dalam satu kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, kira-kira 150km dari sini, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sepasukan daripada BBP Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.38 petang.
Bagaimanapun menurutnya jumlah rumah dan kedai terlibat serta lain-lain maklumat masih belum dapat dipastikan ketika ini, memandangkan kemudahan komunikasi di kawasan berkenaan agak terhad dan jarak kampung itu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terdekat adalah sekitar 173km.
Perjalanan darat dari sini ke kampung berkenaan dianggarkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!