44 penunjuk perasaan di Hong Kong didakwa

Penyokong kumpulan protes yang didakwa berhimpun di luar Mahkamah Daerah Eastern di Hong Kong hari ini. - Foto: AFP
Penyokong kumpulan protes yang didakwa berhimpun di luar Mahkamah Daerah Eastern di Hong Kong hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

HONG KONG - Seramai 44 penunjuk perasaan antiekstradisi hari ini berdepan tuduhan merusuh atas peranan mereka dalam bantahan pada akhir minggu lalu.

Kesemua peserta protes termasuk 16 wanita itu adalah kumpulan pertama yang didakwa di bawah salah satu kesalahan perintah awam paling serius di bandar itu sejak protes mega membantah rang undang-undang ekstradisi bermula pada Mei lalu.

Kebanyakan mereka adalah pelajar dan yang paling muda berusia 16 tahun.

Kesemua mereka dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah HK1,000 (RM527) dan sebahagiannya turut dikenakan perintah berkurung pada waktu tengah malam.

Pendengaran kes itu akan disambung semula pada 25 September depan.

Di bawah undang-undang negara itu, kesalahan merusuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Kelmarin, pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas protes itu merebak ke beberapa daerah hingga membawa kepada penangkapan 49 individu berusia antara 16 dan 41 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!