Daesh serang 40 tentera Nigeria
KAHERAH - Daesh menerusi agensi berita miliknya, Amaq mengakui membunuh atau mencederakan lebih 40 anggota tentera di Timur Laut Borno, Nigeria dalam dua serangan berasingan, semalam.
Kumpulan militan berkata, mereka menyerang tentera di Baga dan Bandar Benisheik.
Sumber dari pihak berkuasa tempatan memberitahu Reuters berlaku pertembungan antara militan dan tentera Nigeria pada Isnin dan Selasa.
Penduduk memberitahu terdapat pertengkaran antara pemberontak dengan tentera di kawasan itu bagaimanapun tidak mengesahkan jumlah mangsa terbunuh atau cedera dalam pertempuran tersebut.
Baru-baru ini, sekurang-kurangnya 65 orang dibunuh militan ketika dalam perjalanan pulang dari upacara pengebumian di Borno. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!