Kerjasama politeknik, industri tingkat kebolehpasaran graduan

Mohd Zulkefli (depan, tengah) bersama wakil politeknik dan industri pada Majlis Wacana Anjakan Paradigma dan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Seri Lang PSIS hari ini.
Mohd Zulkefli (depan, tengah) bersama wakil politeknik dan industri pada Majlis Wacana Anjakan Paradigma dan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Seri Lang PSIS hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerjasama strategik antara politeknik bersama pihak industri mampu meningkatkan dan membantu kebolehpasaran graduan institusi pengajian berkenaan.

Timbalan Pengarah Unit Kebolehpasaran Graduan Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Zulkefli Ibrahim berkata, kerjasama kedua-dua pihak terbukti apabila kebolehpasaran graduan politeknik seluruh negara mencapai 96.1 peratus melebihi sasaran peringkat kebangsaan 90 peratus.

"Peratus kebolehpasaran graduan politeknik sudah pun mencapai tahap yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan," katanya pada sidang media selepas Majlis Wacana Anjakan Paradigma dan

Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Strategik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Seri Lang PSIS di sini hari ini.

Pada majlis itu, PSIS bersama-sama sembilan industri menandatangani sijil kerjasama berkenaan.

Mohd Zulkefli berkata, kejayaan kebolehpasaran graduan itu hasil usaha bersepadu antara politeknik dan pihak industri dalam membangunkan tenaga kerja lebih kompeten serta berdaya saing.

Menurutnya, perlaksanaan latihan industri pada semester akhir yang sebelum ini dilaksanakan pada semester empat di semua politeknik juga membawa impak besar dalam kebolehpasaran graduan.

"Biasanya, penuntut semester akhir ini ditawarkan peluang pekerjaan, manakala di pihak industri sudah ada bakal pekerja yang menjalani tempoh percubaan latihan industri selama enam bulan sebelum diserap sebagai tenaga kerja.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dibezakan pada 2015 hingga sekarang, kebolehpasaran memang meningkat ketara daripada kira-kira 86 peratus pada 2015 kepada 96.1 peratus pada masa sekarang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!