8,298 premis di Kelantan biak aedes

Operasi Banteras Aedes dijalankan di kawasan wabak di Kota Bharu melibatkan 60 anggota unit inspektorat dan penguatkuasaan termasuk PBT.
Operasi Banteras Aedes dijalankan di kawasan wabak di Kota Bharu melibatkan 60 anggota unit inspektorat dan penguatkuasaan termasuk PBT.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati 8,298 daripada 256,836 premis yang diperiksa seluruh negeri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, sebanyak 1,560 kompaun dikeluarkan berjumlah RM688,500.

Menurutnya, atas kesalahan itu, pemilik premis dikenakan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kesalahan.

“Jika masyarakat masih tidak peduli untuk menjaga kebersihan, kita jangka statistik ini meningkat menjelang perayaan Aidiladha.

“Kita akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan sepanjang Ogos kerana statistik kes denggi pada masa ini menunjukkan peningkatan yang membimbangkan,” katanya pada sidang media

Operasi Banteras Aedes peringkat negeri di Kampung Telok Baru 2 hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Dr Ahmad Syaarani Yasin dan Ketua Operasi Banteras Aedes Negeri, Shahroni Khairi.

Operasi itu dijalankan di kawasan wabak di Kota Bharu melibatkan 60 anggota unit inspektorat dan penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Artikel Berkaitan:

Zaini berkata, kes denggi di Kelantan sehingga 27 Julai lalu menunjukkan peningkatan sebanyak 332 peratus iaitu 2,548 kes berbanding 590 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, Kota Bharu mencatat kes tertinggi di Kelantan diikuti Tumpat dan Bachok, manakala tiga kematian akibat denggi dilaporkan iaitu dua di Kota Bharu dan satu di Bachok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!