Kotak misteri, rupanya berisi mayat bayi
AMERIKA SYARIKAT - Seorang adik terkejut apabila menemukan mayat kakaknya di dalam sebuah peti ais di kediaman di Magnolia St. Louis, di sini.
Adam Smith, 37, berkata, penemuan itu terungkai setelah ibunya meninggal dunia akibat barah paru-paru minggu lalu.
Menerusi laporan Fox News, dia sedia maklum tentang kotak misteri yang disimpan rapi oleh ibunya di dalam peti ais tersebut.
"Saya memang tahu kewujudan kotak itu yang disimpan bertahun-tahun di dalam peti ais dan ibu juga melarang saya untuk menyentuhnya. Saya fikir, mungkin ia ada nilai sentimental.
"Saya tersilap ambil kotak di peti ais yang pada awalnya ingatkan ia kek perkahwinan, rupanya kotak itu berisi bayi," katanya.
Katanya, ketika membuka kotak itu, dia terkejut menemukan seorang bayi perempuan dibaluti selimut merah jambu.
"Ibu sentiasa membawa kotak itu ke mana-mana termasuk ketika kami pindah rumah.
"Kami telah pindah rumah sebanyak empat kali dan mendiami rumah ini selama 25 tahun," katanya.
Susulan penempuan itu, Adam menghubungi polis dan mendakwa bayi itu adalah kakaknya yang meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Ibu pernah beritahu, saya memiliki adik-beradik lain tetapi telah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Makcik juga mengesahkan ibu pernah memilik anak kembar, seorang meninggal dunia manakala seorang lagi telah diserahkan kepada keluarga angkat," katanya.
Bagaimanapun kata Adam, dia menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!