Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Motosikal ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang rosak di lorong kecemasan di lokasi kejadian.
Motosikal ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang rosak di lorong kecemasan di lokasi kejadian.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang penunggang maut apabila motosikal dinaiki melanggar belakang lori di Kilometer 406.6, Lebuh Raya Utara Selatan petang tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa, Saiful Akmal Jamaludin, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, sampai di lokasi kejadian, motosikalSeksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terbabit melanggar belakang sebuah lori jenis Hino yang rosak di lorong kecemasan.

"Pemandu lori berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!