Singa laut nyaris ditelan ikan paus
LOS ANGELES - Seorang jurugambar hidupan liar berjaya merakam detik-detik seekor singa laut nyaris ditelan seekor ikan paus.
Chase Dekker menganggap kejadian itu 'sekali dalam seumur hidup'.
Dekker yang juga seorang ahli biologi marin merakam gambar itu ketika dalam perjalanan menaiki bot untuk melihat ikan paus di tepi pantai Monterey Bay di California minggu lalu.
“Saya dapat melihat banyak perkara gila tetapi tidak pernah seperti ini,” katanya jurugambar berusia 27 tahun yang telah mengambil gambar hidupan liar selama hampir sedekad.
Katanya, dia sedang dalam perjalanan menaiki bot untuk melihat ikan paus pada 22 Julai lalu sebelum melihat sekumpulan ikan paus sedang makan.
Ketika binatang tu mengunyah ikan bilis, seekor singa laut yang tidak bernasib baik hampir masuk ke dalam mulut ikan paus berkenaan, kata Dekker yang berkongsi pengalamannya itu di Instagram.
Tambahnya, dia segera mengambil kamera dan merakam gambar luar biasa berkenaan.
“Saya sangat gembira kerana sempat merakam momen yang mungkin tidak akan saya dapat lihat lihat lagi,” katanya.
Bagaimanapun katanya, ikan paus itu tidak menutup mulutnya dan singa laut berkenaan berjaya melarikan diri. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!