Pesara tentera rayu sumbangan, isteri hidap kanser

Sarinah dijaga Ismail dan Zulaila (kiri) di rumah mereka di Kampung Rambah.
Sarinah dijaga Ismail dan Zulaila (kiri) di rumah mereka di Kampung Rambah.
A
A
A

PONTIAN - Pesara tentera merayu bantuan bagi rawatan isterinya yang menghidap kanser payudara.

Ismail Ahmad, 80, berkata, isterinya Sarinah Adan, 60, sudah menjalani pembedahan membuang payudara di sebelah kanan tiga tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, keadaan kesihatan isterinya kini bertambah teruk apabila dia memerlukan bantuan oksigen kerana sukar bernafas selain hanya terbaring di rumah mereka di Kampung Rambah.

Sarinah yang dijaga anak bongsu, Zulaila Ismail, 28, memerlukan kira-kira RM900 sebulan bagi membeli susu formula khas, lampin pakai buang dan kos sewa tong oksigen secara bulanan.

"Anak sulung kami yang bekerja di Kedah dan Zulaila yang bekerja kilang tolong bantu tampung kos rawatan ibu mereka.

Zulaila memberikan air kepada ibunya yang menghidap kanser payudara di rumah mereka di Kampung Rambah.
Zulaila memberikan air kepada ibunya yang menghidap kanser payudara di rumah mereka di Kampung Rambah.

"Setakat ini isteri tidak menerima apa-apa bantuan dan kami mengharapkan agar ada bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung," katanya.

Sementara itu, Zulaila berkata, ibunya dikesan menghidap kanser payudara selepas terdapat bisul di bawah tulang rusuk kanan tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia tidak sampai hati meninggalkan ibunya seorang diri dan selalu memikirkan ibunya ketika sedang bekerja.

"Ini tanggungjawab saya kepada ibu yang sudah bersusah payah membesarkan saya.

"Setiap pagi sebelum pergi kerja saya akan bersihkan ibu. Bahagian belakang ibu perlu dibersihkan betul- betul kerana ibu terbaring lama, bimbang jika ada kuman yang membiak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!