Johan Setia catat IPU tidak sihat

Keadaan IPU di seluruh negara sehingga jam 8 pagi tadi.
Keadaan IPU di seluruh negara sehingga jam 8 pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kualiti udara di Johan Setia di Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat iaitu pada bacaan 103.

Mengikut laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMs) sehingga jam 8 pagi, sebanyak 65 stesen mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100 dan dua stesyen lagi mencatatkan bacaan baik.

Mulai semalam IPU yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawang APIMs akan mengambil kira kepekatan partikel halus (Particle Matter) yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5).

Penggunaan PM2.5 dalam pengiraan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah sejajar dengan kebanyakan negara maju dan ia akan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan ke arah melestarikan alam sekitar.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http:/apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam menyatakan negara bakal berdepan dengan pencemaran udara atau jerebu bermula hari ini berkemungkinan disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, Sumatera terletak di barat daya Malaysia dan pergerakan angin ke negara ini adalah dari arah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiupan angin tersebut juga dipengaruhi oleh faktor tekanan angin rendah di Laut China Selatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!