Sorotan 2018: Wacana Sinar menjadi pilihan pembaca

No Image Caption
A
A
A

SIRI 58: YB Muda: Cabaran memimpin rakyat

WACANA Siri 58 membincangkan aspirasi tiga YB muda apabila PRU14 menyaksikan pentadbiran negara bertukar tampuk. Satu sejarah tercipta apabila ramai muka baharu terdiri daripada golongan belia menyerikan pentas politik sebagai wakil rakyat. Kehadiran mereka sekali gus memberikan perspektif berbeza dalam kepimpinan negara.

SIRI 55: Tiga penjuru: Siapa dapat manfaat?

No Image Caption



Proses penamaan calon yang berlangsung 28 April menyaksikan 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi Parlimen manakala 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi Dun. Seperti dijangka, kebanyakan kerusi menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu di 143 kerusi Parlimen dan 331 kerusi Dun. Situasi ini terjadi setelah Pas meninggalkan Pakatan Rakyat yang membentuk gabungan pembangkang pada PRU13. Parti itu kemudiannya menubuhkan Gagasan Sejahtera. Manakala, PKR dan DAP membentuk Pakatan Harapan bersama Amanah dan Bersatu, dan menyertai PRU14 menggunakan logo PKR. Namun, bagi parti-parti bertanding, siapakah yang akan mempunyai kelebihan untuk menang dan siapa pula yang rugi? Bagaimana pula dengan rakyat? Wacana Siri 55 mengupas topik ini dengan lebih mendalam.

SIRI 57: Mengapa ahli politik lompat parti?

No Image Caption



Isu lompat parti bukan baru, ditambah dengan situasi politik negara yang sentiasa berubah-ubah. Nama seperti Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor antara yang sinonim dengan isu ini. Mungkin ramai juga masih ingat kisah lompat parti di Perak yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang. Kisah ini juga berlarutan dalam PRU14 apabila tiga Adun BN menyertai Bersatu. Namun, apa sebenarnya yang membuatkan ahli politik lompat parti?

SIRI 61: Pelan pemimpin muda untuk negara

No Image Caption



Wacana Siri 61 membincangkan topik yang memperkatakan soal masa depan negara yang tidak boleh lari daripada melibatkan peranan golongan muda. Golongan ini bukan sahaja pewaris negara, malah pemimpin masa depan. Negara juga kini berada dalam satu situasi politik baharu apabila kerajaan Pakatan Harapan menampilkan ramai pemimpin muda.

SIRI 63: Sebulan selepas tiada GST

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Selepas sebulan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sifar, pelbagai reaksi dan pandangan rakyat kepada kerajaan telah diutarakan. Ada yang mengeluh kerana selepas GST sifar, harga barang tidak mengalami penurunan yang ketara. Bagi pihak peniaga pula, ada yang merungut jualan menurun dan agak statik sepanjang tempoh itu. Tidak kurang juga, syarikat jualan kenderaan dan perniagaan berkaitan emas yang meningkat dari segi jualan mereka selepas sentimen yang merasakan ini adalah masa sesuai untuk berbelanja kerana tiada cukai dikenakan.

SIRI 64: Mampukah BN bangkit semula?

No Image Caption

Selepas kekalahan BN pada PRU14, persoalan yang timbul ialah apakah parti ini mampu bangkit pada PRU15? Umno sebagai tunjang utama dikatakan menjadi punca rakyat menghukum BN. Bagaimanapun Umno yang baru selesai pemilihan

parti mendapat suntikan untuk kembali memperkasakan parti. Wacana Siri 64 bertajuk ‘Mampukah BN Bangkit Semula?’ mengupas isu ini secara mendalam.

SIRI 66: Islam di era Pakatan Harapan

No Image Caption



Pelbagai polemik timbul berkaitan agama Islam selepas PH mengambil alih pentadbiran negara. Saban hari isu yang dimainkan mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat terutama orang Islam. Ada juga yang menimbulkan persoalan sama ada kerajaan baharu PH mampu atau tidak untuk memastikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara terjamin. Wacana Siri 66 mengupas persoalan ini dengan lebih lanjut.

SIRI 69: Dadah: Aku peduli kau jangan tak peduli

No Image Caption



Dadah bukan isu baru. Kajian membuktikan ramai rakyat Malaysia telah menjadi hamba dadah. Bukan sahaja orang biasa, golongan artis pun terlibat. Pelbagai kempen direncanakan, namun semuanya bagai ‘mencurah air ke daun keladi’. Bahayanya semua tahu, cara mencegah ramai cakna tetapi masalah tiada penyelesaian. Sinar Harian menganjurkan Wacana Siri 69 untuk mengupas isu ini dengan lebih mendalam.

SIRI 70: Tanah Rezab Melayu: Diperkasa atau dipenjara?

No Image Caption



Masalah berkaitan tanah rezab Melayu sudah lama diperkatakan kerana jumlahnya yang semakin menyusut, sedangkan ia dilindungi undang-undang tanah di semua negeri, malah juga di peringkat Persekutuan. Terbaharu, seorang penyelidik mendedahkan sebanyak sembilan juta hektar tanah rezab Melayu telah diambil dan dijual. Di sini, timbul persoalan tentang nilai penggantian tanah yang dibuat susulan pengambilan tersebut. Justeru, Sinar Harian menganjurkan Wacana Siri 70 bagi membincangkan perkara itu lebih mendalam.

SIRI 71: Malaysia Baharu: Ke mana haluan sekolah tahfiz?

No Image Caption



Penubuhan sekolah tahfiz di negara ini kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada di antaranya yang berdaftar di bawah kerajaan negeri, namun masih ada beroperasi tanpa didaftarkan. Kini masih timbul tanda tanya mengenai hala tuju sekolah tahfiz. Wacana Siri 71 mengupas persoalan ini dengan lebih lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!