Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha Ahad depan

Umat Islam mengambil peluang melaksanakan ibadah korban. - Foto arkib Bernama
Umat Islam mengambil peluang melaksanakan ibadah korban. - Foto arkib Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 11 Ogos ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, tarikh tersebut telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1440 Hijriah ialah pada 2 Ogos, 2019 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 11 Ogos 2019 Masehi,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!