Judi: Bukan pemain kami - BAM
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan tiada pemain mereka sedang disiasat Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, persatuan tersebut sedang membantu dan bekerjasama dengan BWF dalam beberapa aspek siasatan, yang butirannya tidak dapat didedahkan.
“Kami mahu menjelaskan bahawa tidak ada pemain kami yang terlibat dengan siasatan BWF.
ARTIKEL BERKAITAN: Judi bola sepak: Syed Saddiq minta penjelasan BAM
“Disebabkan ini merupakan satu siasatan BWF yang sedang berjalan, BAM tidak akan memberikan sebarang komen lagi berkaitan isu ini,” kata kenyataan itu.
Sebuah laman web tempatan hari ini mendakwa dua pemain badminton dipercayai gagal melunaskan hutang mereka, didakwa melibatkan jumlah ratusan ribu ringgit kepada ah long, selepas mereka terlibat dalam judi bola sepak
Berikutan itu, BAM dilaporkan telah memanggil kedua-dua pemain tersebut, yang nama mereka tidak didedahkan untuk memberikan keterangan lanjut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!