Bomba tangkap ular sawa lebih 100kg
LABUAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menangkap seekor ular sawa yang beratnya melebihi 100 kilogram dan 3.35 meter panjang, di belakang sebuah rumah di Kampung Layangan, di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Layangan, Muhamad Azman Awang berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kehadiran reptilia itu pada pukul 1.17 petang dan anggotanya mengambil masa hanya lima minit untuknya.
"Panjangnya 11 kaki (3.35 meter) dan beratnya lebih daripada 100 kilogram ...ular sawa itu akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar," katanya kepada Bernama.
Muhamad Azman berkata, sebanyak 72 ekor ular termasuk ular tedung telah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!