526 gigi dalam mulut budak 7 tahun
NEW DELHI - Pasukan doktor di India berjaya mengeluarkan 526 gigi dari dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun selepas dia mengalami keadaan yang jarang berlaku.
Ravindran dikatakan sering mengadu bahagian sebelah kanan rahang bawahnya bengkak sejak dia berumur tiga tahun.
Pemeriksaan dilakukan pakar bedah akhirnya menemukan masalah itu yang berpunca daripada pertumbuhan beberapa struktur keras di dalam rahang.
Menurut doktor, ia adalah kes perubatan yang unik dan pertama seumpamanya.
Prosedur pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu dilakukan di Saveetha Dental College and Hospital di Chennai.
“Struktur seperti gigi itu terdapat dalam beberapa saiz antara 0.1 milimeter (mm) dan 15 mm. Ia kelihatan seperti mutiara dalam tiram. Struktur itu juga mempunyai akar dan lapisan enamel seperti gigi, “ kata Dr Pratibha Ramani.
Pada 2014, kes sama melibatkan 232 gigi dikeluarkan dari mulut seorang remaja di Mumbai. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!