Tinggal tiga hari lagi!

Dua guru daripada Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh sedang memilih bahan bacaan untuk pusat sumber sekolah mereka.
Dua guru daripada Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh sedang memilih bahan bacaan untuk pusat sumber sekolah mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019 yang telah berlangsung selama lapan hari sejak 26 Julai lalu bakal melabuhkan tirainya Ahad ini.

Ini bermakna masih berbaki tiga hari lagi untuk peminat bahan bacaan mendapatkan koleksi buku dengan harga jauh lebih murah dan pelbagai tawaran menarik.

Penolong Pengurus Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhammad Asyraf Yahya berkata, harga yang ditawarkan dalam jualan gudang pertengahan tahun ini sungguh luar biasa memandangkan semua naskhah yang dijual adalah karya best seller dan terkini di pasaran.

“Esok (hari ini) buku motivasi bertajuk “Saya Bukan Ustaz” Tapi Baru Nak ‘Start’ tulisan penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tersenarai dalam pakej istimewa ini.

Buku motivasi tulisan Syamsul Debat bertajuk 'Saya Bukan Ustaz' Tapi Baru Nak 'Start' akan dijual RM1 sempena pakej istimewa Hari-Hari Special-lahh.
Buku motivasi tulisan Syamsul Debat bertajuk 'Saya Bukan Ustaz' Tapi Baru Nak 'Start' akan dijual RM1 sempena pakej istimewa Hari-Hari Special-lahh.

“Buku motivasi ini adalah buku best seller dan diharapkan semua peminat buku ini berjaya untuk mendapatkan buku yang bakal dijual dengan harga RM1 berbanding harga asal RM26.

“Ingat, pakej istimewa Hari-Hari Special-lahh adalah terhad kepada pengunjung yang terawal sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, Muhammad Asyraf berkata, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-13 Sinar Harian, selaku penganjur utama Jualan Gudang Pertengahan Tahun 2019, Grup Buku Karangkraf turut meraikan pengunjung dengan menawarkan hadiah istimewa.

Artikel Berkaitan:

“Dengan syarat pengunjung perlu membeli bahan bacaan minimum RM50 dan senaskhah akbar Sinar Harian,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tarikan terbaharu dalam jualan gudang kali ini, Muhammad Asyraf berkata, ruangan kanak-kanak (kid’s corner) adalah ruang istimewa yang disediakan untuk anak kecil bermain.

“Ibu bapa yang berkunjung ke jualan gudang bersama anak-anak boleh meletakkan anak-anak di kid’s corner. Mereka tidak perlu gusar untuk bersesak memilih bahan bacaan sambil mendukung anak-anak.

Rombongan 30 murid dari Tadika Riang Riaku, Seksyen 25 Shah Alam bersama guru pengiring, Salina Hamidun menceriakan lagi suasana di kid's corner di sini.
Rombongan 30 murid dari Tadika Riang Riaku, Seksyen 25 Shah Alam bersama guru pengiring, Salina Hamidun menceriakan lagi suasana di kid's corner di sini.

“Ruang pameran yang berhawa dingin pastinya memberi keselesaan kepada mereka yang hadir bersama keluarga terutamanya anak kecil,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan ruang parkir kereta juga disediakan dan kaunter pembayaran juga banyak bagi memudahkan pengunjung melakukan pembayaran tanpa perlu menunggu lama.

“Bagi yang ingin bersolat juga tidak perlu risau kerana di Karangkraf ada surau yang besar dan selesa untuk digunakan di samping gerai menjual makanan juga terdapat di sini,” katanya.

Pakej wakaf buku mendapat sambutan baik daripada pengunjung.
Pakej wakaf buku mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!