Prihatin penampilan diri pada hari Jumaat

AMALAN memotong kuku adalah untuk membersihkan kotoran terkumpul pada celah-celah kuku.
AMALAN memotong kuku adalah untuk membersihkan kotoran terkumpul pada celah-celah kuku.
A
A
A

DALAM kalangan umat Islam, hari Jumaat adalah penghulu segala hari atau digelar Saiyyidul Ayyam.

Justeru, sebagai umat Islam menunaikan solat Jumaat adalah perkara yang wajib dilaksanakan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

LELAKI Muslim digalakkan memakai pakaian bersih dan kemas ketika menunaikan solat Jumaat.
LELAKI Muslim digalakkan memakai pakaian bersih dan kemas ketika menunaikan solat Jumaat.

Sehubungan itu, dalam keberkatan hari Jumaat terdapat perkara-perkara sunat yang digalakkan dilakukan pada hari itu khususnya melibatkan penampilan diri. Antara ialah:

1) Mandi sunat

Sebelum menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, para jejaka disarankan mandi sunat bagi membersihkan anggota badan seperti menggosok gigi dan mencukur misai, bulu ketiak serta bulu pada kemaluan.

2) Memotong kuku

Memotong kuku antara perkara sunat yang digalakkan.

Artikel Berkaitan:

Amalan itu adalah untuk membersihkan kotoran terkumpul pada celah kuku, sekali gus mengelakkan ia melekat pada makanan sebelum masuk ke dalam mulut.

3) Pakaian bersih dan cantik

Menyarungkan persalinan yang bersih daripada segala jenis najis dan cantik ketika hendak menunaikan solat termasuk sembahyang Jumaat adalah dituntut.

Amalan tersebut bertujuan memastikan kita bersolat dalam keadaan bersih dan solat diterima ALLAH.

4) Wangi-wangian

Mencalit wangi-wangian antara perkara sunat yang digalakkan sebelum menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, pastikan haruman pilihan dipakai secara bersederhana supaya tidak mengganggu para jemaah lain.

5) Surah al-Kahf

Umat Islam digalakkan membaca surah al-Kahf pada setiap Jumaat memandangkan ia amalan yang baik dan dituntut.

Surah yang mengandungi 110 ayat itu mempunyai empat cerita utama dalam menghadapi cabaran.

Pada masa sama, memberi panduan kepada umat Islam dalam menguruskan empat cabaran iaitu iman, kuasa, harta dan ilmu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesiapa yang membaca satu surah al-Kahf pada hari Jumaat, terlindunglah dia daripada setiap fitnah selama lapan hari sekalipun fitnah apabila Dajal dikeluarkan.”

Mudah-mudahan dengan amalan membaca surah al-Kahf, kita terhindar daripada bencana, fitnah dan cabaran berat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!