Keunggulan 7 Series BMW 745Le xDrive

Tampil dengan pakej beprestij, keselesaan terjamin dan prestasi mengagumkan

A
A
A

MENERUSKAN penghasilan jentera dilengkapi pakej berprestij, anggun, dijamin selesa dan prestasi yang mengagumkan, BMW baru-baru ini memperkenalkan secara rasmi model 7 Series baharunya.

BMW 745Le xDrive menggantikan 740Le sebelum itu yang merupakan model pemasangan tempatan atau CKD.

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi menyifatkan, BMW 745Le xDrive ialah model interpretasi BMW Group terhadap konsep kemewahan moden dan progresif.

"Bukan sahaja menyentuh hasil kesenian dan perincian yang bermutu, malah ia lebih bermakna daripada itu.

"Model 7 Series ini tampil dengan ciri rekaan luaran dan dalaman lebih berprestij serta teknologi enjin Pure Excellence terbaharu,” katanya ketika majlis pelancaran BMW 745Le xDrive, di ibu negara baru-baru ini.

MODEL 7 series tampil dengan ciri rekaan luaran dan dalaman lebih berprestij serta teknologi enjin Pure Excellence terbaharu.
MODEL 7 series tampil dengan ciri rekaan luaran dan dalaman lebih berprestij serta teknologi enjin Pure Excellence terbaharu.

Meninjau tawaran 745Le xDrive, jentera itu dilengkapi jantung enjin 3.0 liter turbo caj enam silinder sebaris yang diambil daripada model 745Le yang lebih asas. Ia menggantikan unit enjin 2.0 liter turbo empat silinder yang digunakan pada 740Le.

Enjin 3.0 liter berkenaan mampu menghasilkan sebanyak 286 kuasa kuda (hp) dari putaran enjin 5,000 ke 6,000rpm dan 450 meter Newton (Nm) tork dari 1,500 hingga 3,500rpm.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, kenderaan elektrik hibrid plug-in atau Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) generasi baharu itu juga boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik sahaja di kawasan bandar dan desa.

RUANG gear konsol sarat dengan butang kawalan yang mudah dicapai.
RUANG gear konsol sarat dengan butang kawalan yang mudah dicapai.

Motor elektrik yang memiliki kuasa mencecah 113hp yang dilengkapi jentera kejuruteraan Jerman itu mampu mencecah jarak sejauh 46 kilometer.

Usah bimbang untuk mengecas bateri, ia boleh dilakukan dengan kabel arus ulang alik (AC) fasa tunggal yang disediakan. Mampu disambungkan pada soket biasa di rumah walaupun akan mengambil masa yang agak lama.

BAHAGIAN dalaman ruang kokpik BMW 745Le xDrive.
BAHAGIAN dalaman ruang kokpik BMW 745Le xDrive.

Cara lebih cepat untuk itu adalah dengan menggunakan sambungan AC tiga fasa melalui BMW Public Charging Cable atau di stesen mengecas awam.

Terdapat lima mod pemanduan untuk dipilih oleh pemandu seperti Sport, Adaptive, Hybrid, Electric dan Battery Control. Sebaik kenderaan dihidupkan, ia akan berada di dalam mod Hybrid. Mod Batery Control pula membolehkan pemandu mengecas bateri untuk kegunaan kemudian.

Dari sudut prestasi pula, bacaan sifar hingga 100 kilometer per jam (km/j) mampu dicapai dalam masa 5.3 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 250 km/j!

Penampilan

Melihat sisi parasnya, antara penampilan baharu pada kereta itu ialah rekaan ‘kidney grille’ yang lebih besar. Lampu pula lebih tirus menggunakan teknologi BMW Laserlight. Lampu belakang pula hadir dengan visual tiga dimensi (3D) 35 milimeter (mm) lebih nipis untuk dipadankan dengan rekaan lampu utama di depan. Dua corong ekzos masih lagi dikekalkan.

REKAAN ‘kidney grille’ yang lebih besar.
REKAAN ‘kidney grille’ yang lebih besar.

Lain-lain kelengkapan termasuk kawalan pendingin hawa empat zon, kemasan kulit dan bumbung panorama.

BMW Display Key, 16 pembesar suara, sistem bunyi Harman Kardon 600 watt dan sistem hiburan penumpang belakang dengan dua skrin 10 inci pula boleh dikendalikan melalui tablet BMW Touch Command 7 inci.

Ia dilengkapi tujuh beg udara.

BMW 745Le xDrive turut hadir dengan jaminan lima tahun atau tanpa had perbatuan dengan program servis berjadual percuma.

INSTRUMEN dan skrin 12.3-inci utama yang dikuasakan oleh BMW Operating System 7.0.
INSTRUMEN dan skrin 12.3-inci utama yang dikuasakan oleh BMW Operating System 7.0.

Program jaminan tayar selama dua tahun, bantuan kerosakan, BMW Service Online dan BMW White Card dengan capaian aplikasi mudah alih Loyalti+ pada harga jualannya bermula dari RM594,800 atas jalan tanpa insurans.

7 Series baharu ditawarkan dalam empat warna elegan Mineral White, Black Sapphire, Bernina Grey dan Imperial Blue. Warna-warna tersebut boleh digandingkan dengan upholsteri bermaterialkan Black Nappa Leather atau Cognac Nappa Leather. Untuk pasaran tempatan, 745Le didatangkan dengan pakej M Sport.

ANEKDOT

BMW 745Le xDrive

Spesifikasi: Enjin 3.0 liter turbocaj 6 silinder sebaris

Kuasa: 286hp, 5,000-6,000rpm

450Nm, 1,500-3,500rpm

Harga: RM594,800 atas jalan tanpa insurans

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!