Anggota tentera maut kemalangan motosikal

Kereta yang berlanggar dengan motosikal yang ditunggangi mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian.
Kereta yang berlanggar dengan motosikal yang ditunggangi mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian.
A
A
A
KOTA BHARU - Seorang anggota tentera dari Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Desa Pahlawan meninggal dunia akibat kemalangan di hadapan simpang masuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2, Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 9.25 malam, menyebabkan mangsa, Muhammad Riduan Abd Malik, 23, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayat mangsa terbaring di atas jalan raya selepas terbabit kemalangan itu.
Mayat mangsa terbaring di atas jalan raya selepas terbabit kemalangan itu.



Pemandu kereta iaitu seorang guru wanita berusia 46 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, rakan mangsa yang menunggang motosikal berasingan dari arah Kubang Kerian menghala ke Pasir Tumboh, memberitahu motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah kereta yang dikatakan membuat pusingan U.

Artikel Berkaitan:


“Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z tidak sempat mengelak sebuah kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang guru wanita yang membuat pusingan U,” katanya kepada pemberita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!